Kenapa berulang kembali
bilakah semua ini akan berakhir
cukup merana hati mengenangkannya
memendam seorang diri
Perasaan ini benar atau tidak
Kekeliruan menghantui diri
ketidakpastian sesuatu yang menyakitkan
bergitu lemah hati ini
mengapa mesti hati ini merasainya
sedih teramat mengharunginya
terlalu sukar untuk mengawalnya
kerana ia hadir tanpa diminta
Sayang ini padanya
tidak ternilai
rindu ini hanya Allah s.w.t mengetahuinya
tidak terkira
sesungguhnya segala perasaan ini
dihadirkan bukan kehendak ku
segalanya sudah tertulis
diri ini hanya mengikut ketentuan
mungkin suatu hari nanti
tiba masanya membawa diri
hanya ini dapat mengawal diri
kesakitan ini amat pedih
melarikan diri bukan jalan penyelesaian
tetapi melarikan diri boleh menghilangkan
PERASAAN dan INGATAN
sesungguhnya ini ketentuan ALLAH S.W.T
kuatkan diri ini dalam menghadapi dugaan seterusnya,
HATI ini sudah lemah dan tidak berdaya lagi
sesungguhnya ku terima segala-galanya ...
Perasaan hati tidak boleh kita memberi kepastian. kerana ia sentiasa berubah kerana itu KETENTUAN ILAHI, jangan sesekali kita mengalah dengan hati kita sendiri.
BalasPadam