Khamis, 25 Julai 2013

Kerana Sayang



Lemah ketika keseorangan
menghadapinya memang penuh keperitan
sukarnya untuk melepaskan perasaan ini 
kerana sayang yang teramat 





Bayangannya sentiasa hadir
kerana merindui saat bersama
tanpanya hidup ini tidak mengerti
ia adalah segala-galanya

kerana sayang
diri ini tabah melakukanya
kerana rindu 
diri ini sanggup bersabar
kerana mencintainya
diri ini sanggup merana 

dengan izin Allah segalanya berlaku
Sahabat diri mu amat bermakna
untuk diri ini...
YA ALLAH lindungilah SAHABATku ini
Dunia dan Akhirat
sesungguhnya mereka amat bermakna.


1 ulasan:

  1. Sahabat
    Nasihat Imam Shafie untuk mencari SAHABAT..... Hayatilah nasihat Imam Shafie ini dan jadilah ia sebagai panduan dalam kehidupan seharian..
    PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benarbersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.
    Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.
    Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

    BalasPadam