Jumaat, 5 Julai 2013

Kekeliruan Hati kembali..

Kenapa berulang kembali
bilakah semua ini akan berakhir
cukup merana hati mengenangkannya
memendam seorang diri

Perasaan ini benar atau tidak 
Kekeliruan menghantui diri 
ketidakpastian sesuatu yang menyakitkan
bergitu lemah hati ini

mengapa mesti hati ini merasainya
sedih teramat mengharunginya 
terlalu sukar untuk mengawalnya
kerana ia hadir tanpa diminta

Sayang ini padanya
tidak ternilai 
rindu ini hanya Allah s.w.t mengetahuinya
tidak terkira 

sesungguhnya segala perasaan ini
dihadirkan bukan kehendak ku
segalanya sudah tertulis
diri ini hanya mengikut ketentuan

mungkin suatu hari nanti
tiba masanya membawa diri
hanya ini dapat mengawal diri
kesakitan ini amat pedih

melarikan diri bukan jalan penyelesaian 
tetapi melarikan diri boleh menghilangkan 
PERASAAN dan INGATAN 
sesungguhnya ini ketentuan ALLAH S.W.T





YA ALLAH  hamba amat lemah dalam perkara hati, 
kuatkan diri ini dalam menghadapi dugaan seterusnya,
HATI ini sudah lemah dan tidak berdaya lagi
sesungguhnya ku terima segala-galanya ...






1 ulasan:

  1. Perasaan hati tidak boleh kita memberi kepastian. kerana ia sentiasa berubah kerana itu KETENTUAN ILAHI, jangan sesekali kita mengalah dengan hati kita sendiri.

    BalasPadam