Isnin, 14 Oktober 2019

Lapan Bgd Kelantan

Dia 8 BGD

Hari ini satu Program Khas, Seorang yg sgt istimewa dtg utk jln2. ☺️
Sis menunggu ketibaan vvip dlm masa sama sis amat malu nk menggangkat kepala kerana wajah sis sgttttt gelap 😔, sis bru blik dri Pulau Semporna Sabah, so redo dn kerja tetap kerja kn. Sis jarang bercakap dengan org yg sis tak kenal melainkan geng sis jurugambar👍🏻, memang borak2 lah bagi hilang malu tempat prgm. Klu xde siapa2 kenal sis diam shja.

Satu saat sis terlihat sesorg jejaka berbaju hijau dn sgt kemas, mereka yg berpakaian ini sis sgt kagum dn sanjung, dn sis jgk *TAKUT* 😛 ... Takut bkn apa sb segan lh, org badan beruniform sis kan.
Dia sgt kemas dn sis sgt suka tgk penampilan dy berbaju seragam Hijau👍🏻, tiba2 teringat Abah dlu2 dn masa sis aktif dlm badan beruniform.


Tiba seorg tegur sis tempat prgm tu, dn sis tak kenal, dia btnya psl kamera dn sis jawap apa yg sis tahu shja. Syukur dpt jawap kalau tak malu sis🤪 . Dia ada bnyk  persoalan sb bru berpindah btugas di negeri sis, 4 Bulan baru, dn bnyk pkra prlu kenal serta faham. Dia seorg yg xtkut utk bertanya, tapi sis lah segan nk jawap🤪... Sis cuba jawap sdra upaya msa tu... bckp pun sis tgk bwh je, klu jln bt2 confident je bru angkat kepala☺️.

Kami terus berbual dn berkongsi pgalaman psl kamera, dlm hati sis dk sebut2 dy nie ambl xnmbr phone. Masa nk tulis nmbr phone masing2 sis tiba2 jdi lost xthu nk eje nama dll, sb tkutkan 😅. So sis bg phone sis mudh utk dy save sndri kn, yg kelakarnya dy selfie muka dy 😅 memang peramah lh kot dia nie....

Time nie lah sahabat sis cuci2 snap gmbr sis dn dia , tpi sis xtgk pun sb takut nk tgk diri sndri dlm gambar tu. setelah itu selesai perbualan kami di airport. Setibanya sis di pejabat dapat call dari dia, just nak bertanya pasal program shja. Maka itu kali terakhir kamj berhubung☺️...


Kawan Baru 👍🏻

Khamis, 12 Mac 2015

Kasih Seorang Anak!!!

Kasih yang ditahan dan dipendam
hanya tangisan yang menemani diri
raut wajah mereka hadir bagaikan realiti
senyuman terukir dengan sendiri

setiap masa bayangannya hadir
air mata ini akan sentiasa menemani
menahan sebak didada tanpa henti
melepaskan rindu hanya dengan berdoa

siapa tahu apa dalam hati
hati yang penuh dengan tanda tanya
siapa tahu apa dalam fikiran
fikiran yang penuh dengan tanda tanya

Angin yang bertiup akan berlalu
dengan membawa kasih dihati
untuk orang tersayang
walaupun jarak memisahkan kita


Ma@Abah restuilah anak mu ini
Nasihat ma@abah sentiasa terpahat
setiap pesanan sentiasa diingati
kerana sayang teramat pada ma@abah

Kakak-kakak yang tercinta
teguran kalian sentiasa adik mu ingat
kerana teguran itu ku pasti
tanda kasih sayang terhadap adik mu ini



Adik-adik ku yang tersayang
kakak mu rindu untuk marahi kamu
teringin penuhi pemintaan kamu
kerana sayang diri ini teramat pada kamu

Teratak tercinta dan tersayang
diri ini memerlukan restu kalian
diri ini tidak kuat tanpa kalian
diri ini perlukan sokongan dari kalian
kerana kalian sumber inspirasi diri ini

yakin pada diri ini
setiap perkara yang dilakukan hanya
untuk keluarga tercinta
untuk masa depan kita semua

Keluarga tercinta !!!
Ma@Abah anak mu perlukan
Kepercayaan dan Sokongan
Kakak-kakak ku
adik mu hanya perlukan
semangat dan ketabahan
Adik-adik ku
kakak mu hanya perlukan
Ikhlasan dan kasih sayang
semua itu amat penting
kerana tanpa kalian
siapakah diri ini
sehingga ke hari ini
diri ini tidak akan pernah kuat
tanpa mengingati KELUARGA KITA!!!!



Doakan diri ini
agar diri ini kuat
Ikhlas dalam melakukan sesuatu
sentiasa mengingati Allah S.W.T
serta tidak akan mudah putus asa
sesungguhnya Kalian Orang Tercinta.





Selasa, 13 Januari 2015

Terus lihat ke hadapan

hidup ini perlu diteruskan
walaupun setiap masa hadirnya bayangan mu
masa ku berlalu bergitu sahaja
pasrah memikirkan mu

mungkin benar kata-kata hati ini
ini hanya mainan perasaan sahaja
kita tidak ditakdirkan bersama
kerana kita ditakdirkan bersahabat

setiap kali ku ingat mu
aku cuba sampaikan rindu itu
rindu yang dibawa oleh angin
dengan izin Allah
andai rindu itu benar 
maka akan sampai rindu dan doa ku

aku tidak kesorangan
kerana diri ku ada Allah
bagaimanakah masa depan ku
adakah baik atau sebaliknya
siapakah yang akan menjadi JODOH ku
bergitu banyak pertanyaan 
tetapi apakah mampu
aku hanya mampu meneruskan kehidupan ini

segala perancangan telah Allah tetapkan!!!!



Nekad atau Tidak

   5 November!!!!

Aku asik terfikir adakah aku benar-benar nekad untuk melupakan dia,
tapi macam mana kalau aku tak kuat,
macam mana aku nak berhadapan dengan dia,
kalau kau muncul kembali macam mana,
apa perlu aku buat?
lari lagi ke?

kalau difikir-fikirkan aku sering kali lari dari dia,
hanya sebab aku nak melupakkan dia,
dan hanya untuk melarikan diri aku dari terluka 
atau bertepuk sebelah tangan?

Hanya Allah yang tahu jawapan segala pertanyaan aku ini
aku pendam terlalu lama perasaan nie, 
sejak kita berkenalan lagi,
tapi aku tak tahu macam mana nak jelaskan,
sebab aku paling takut kalau bertepuk sebelah tangan,
memadai untuk aku sahaja yang simpan perasaan itu, 
daripada dimalukan....

     13 Januari!!!!

sekarang ku sudah menjadi NEKAD,
walaupun sukar untuk aku lakukannya
nampaknya benar kita sudah berjauhan
hampir 2 bulan kita tidak berhubung
malahan ini saat aku merindui mu
aku cuba untuk mesej
tetapi apakan daya
aku telah menjatuhkan diriku
dalam kolah malu,
langsung tak ada tidak balas

Mungkin in yang terbaik,
dengan berjauhannya jarak ini
kita akn bertemu Jodoh masing-masing
akan ku cuba sedaya updaya untuk hilangkan segala
pandangan ku depan mu
kerana hanya dengan itu mampu untuk ku lupakkan mu
bayangan mu akan sentiasa selagi tidak diganti

doaku untuk mu sentiasa ada
wahai sahabat tercinta...
segalanya sudah berakhir diantara kita.






Jumaat, 2 Januari 2015

Selamat Tinggal 2014, Selamat Datang 2015 !!!

Sekelip mata je masa berlalu, tanpa ku sedar umur ku semakin meningkat dan masa mengubah segala-galanya tanpa ku sedar. Memang benar kata orang masa berlalu seperti angin yang bertiup, tanpa kita sedar.

Pulau Pangkor, Gotong-royong pulau pangkor
Akhirnya tamat sudah sesi belajar di kampus, 2014 adalah pengakhiran dan 2015 adalah permulaan untuk kerjaya. Kenangan di fakulti penuh dengan pahit manis yang akan sentiasa melekat dihati. Manisnya saat buat presentation THE BEST!!!! 3 tahun belajar hanya ini je yang aku rasa habis-habis aku buat bagi berjaya, kelas Critical Issue, Communication Research (Sept), dan Investigative, tak de lah best macam budak-budak lain tapi itu memadai untuk aku dan aku rasa puas sangat-sangat dan itulah presentation yang paling aku suka.
Port Dickson trip bersama Family Bachelor Of Journalism #FBOJ juga mengeratkan hubungan kami, kami bersama-sama menjayakan trip tu, selain itu Trip Taman Negara THE BEST!!! Last trip yang aku join yang fakulti ialah Trip Pangkor, nice trip friend's. Kalau ingat member course/faculty mesti ingat Surati, Aien, Arifah, Ifa, Mai, Kak Liya, Farah Kiman, Yaya, Lela, Alya, Farah, Shima, Milah, Syerra, Sofi, Lutfy, Marfika, Yasmin Manan, Yasmin, Kak Eka, Melati Bambam, Melati, Talha, Mahen, Amer dll, terima kasih kerana banyak membantu selama ini, Terima Kasih yang teramat.

Taman Negara, kawasan rumah orang asli.



Port Dickson, Family BOJ Unisel Shah Alam.
Pulau Pangkor, Journalism Day last with all my friend #BOJ 
Pulau Pangkor, Malam Kebudayaan kami, 

Pulau Pangkor, sambil gotong-royong kami tak
 pernah lepaskan peluang bergambar.

Tahun lepas (2014) adalah tahun yang sangat mencabar kerana itu adalah tahun akhir untuk tamatkan sesi pengajian di UNISEL Shah Alam.

Kubang Kerian, Kelantan - Jaulah ke pantai timur

        #2014 merupakan kenangan silam, kenangan yang amat sukar untuk dilupakan dengan keluarga Unisel serta sahabat tercinta, indahkan kalau #throwback kenangan 2014. Keluarga pertama di Unisel Persatuan Pembangunan Insan (PPI), aku dilantik sebagai Timb Bendahari, emmmmm nak percaya atau tidak itu takdir aku, satu tanggunjawab yang sukar untuk aku dan hanya Allah tahu apakah cabarannya yang harus aku tempuhi, tetapi itu perancangan Allah s.w.t, dan aku terima dengan rasa syukur, dan cabaran itulah yang memberi banyak kenangan terindah bersama mereka. Mereka mengajar aku banyak perkara sehingga aku berani buat program, dan berjaya menonjolkan diri ketika zaman persekolahan di bumi shah alam, kalau ingatkan kembali Program Insan seperti Gen-Y, Solat Hajat, Forum, Ladies Night, Port Dickson, Rehlah, dan Belanga, semua itu amat sukar dilupakan, yang tak boleh lupa saat kami JAULAH bersama, kalau fikir INSAN

Selangor, solat berjemaah dalam hutan ketika
program pendakian
mesti ingat Ifdal, Hikmi, Yusup, Amar, Kamarul, Faiq, Taufiq, Dzol, Faiz, Kak Long, Puteri, Faziatul, Fathin, Umairah, Syakirah, Ikhmar, Seri, Sakinah dan Sahabat tercinta (Keluarga Besar) yang sentiasa bersama dalam bayangan. Terima Kasih kerana terima diri ini, terlalu banyak kekurangan serta kelemahan tetapi masih diterima oleh sahabat, nasihat menasihati, tegur-menegur, usrah bersama, semua itu kenangan yang bermaknanya.Yang paling sukar adalah saat kami bersama-sama berjihad ke jalan Allah s.w.t.. YA ALLAH itu paling bermakna, kerana itulah diri ini kuat dengan ujian yang datang.

Universiti Selangor, Solat Hajat dan Forum Perdana.
Green House, Ramadhan terakhir
 bersama keluarga INSAN









LT2, Perjumpaan ahli PPI.











Big Family di Unisel SA ialah (FMTS) Minggu Tekad Siswa, hahahahah senyum tak terhenti-henti kalau fikir pasal mereka, kerana mereka sangat-sangat special!!!!. 

Port Dickson, kami dihargai, kami disayangi, memory terindah dan trip the best dengan "FMTS"
kerana mereka aku berani tonjolkan diri ini,
Mall Hall (PCH), Majlis penyerahan pelajar kepada
 barisan Fasilitator
kerana mereka aku mengenali diri ini di kampus
kerana mereka aku belajar sesuatu yang bermakna
kerana mereka juga aku mempunyai banyak memory


LT6, Unisel - Meeting persiapan untuk sesi pendaftaran
untuk keesokan hari








PCH Unisel Shah Alam, Majlis Ikrar, majlis yang paling kami
semua tak sabar-sabar nak jayakan.
Bukit Cherakah, Indaksi MTS Jun 2013


Haikal, Saiyuti, Adeeb, Adi, Hazlami, Anis, Ah Heng, Faiz, Gobalan, Hanafi, Imran, ufi, Amirul Shafiq (Ayam), M.Amirul, Fathy, Hakim, Henkie, Hudzrul, Marfika, Anas, Ryan, Hafizi, Aiman, Moaz, Rubn, M.Irsyad, Nizamudden (Bob) Zaki, Hanif (MPP), Ricky, Rammy, Fazly, Selvan, Dayah Ismail, Khairool, Marcus, Dayah Musa, Grace, Qurartu (Princess), Syakilla, Juliana, Tina, Fairuz, Farah, Insyirah, Jamunah (Baby), Alin, Afifah, Syakilla, Su(Princess Puple), Kak Inas, Kak Syahida, Thiru, Julie, Kak Jee, Kak Nany, Kak Huda, Kak Liza, Alia, Aina, Kak Najwa, Kak Ros, Mira, Atun@Atin, Saru,  Maryam, Subha, dll. Kenangan yang amat sukar nak untuk dilupakan, terutama sekali saat kami bergabung tenaga dan berusaha keras dalam pasukan selama seminggu, apa lagi kalau bukan MTS, ingat lagi saat Indaksi, Minggu persiapan, MTS dan post-Mortem sampai awal pagi, lepas tu habis MTS semua itu pergi tengok wayang, makan bersama, dll. Alhamdulilah Ramadhan tahun lepas kami berbuka bersama di dataran, gembira sangat sebab dapat berbuka bersama.




Dataran Shah Alam, Majlis Berbuka Puasa bersama FMTS

Gombak, Weeding Kak Jee & ABG Feezam
    Selain itu, Specialnya 2014 ialah Anis Azmani, Kak Mashitoh dan Kak Jee, kerana mereka sudah bergelar Suami serta isteri kepada seseorang, Alhamdulilah mereka telah disatukan dengan pasangan mereka. Semoga Masjid yang dibina ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Staf HEP SA memang THE BEST!!! Thank You so much my mum in unisel SA, Pn. Aisyah kerana mendidik diri ini sehingga berjaya dengan mencari identiti sendiri, tak lupa juga Pn. Nurul, Kak Naza, En. Saiman, En. Driver (HEP) dll staf. Kenangan saat bersama mereka terlalu banyak, ingat lagi saat kami di Port Dickson, Ulu Yam, Dataran Shah Alam, TGV Bukit Raja, Setia City Mall, Khulafah, and all place of our time together.


Selangor, piknik before final exam
Weeding Anis Azmani & Shazea

Piknik last semester bersama family Unisel.
Putrajaya, Weeding Kak Masitoh & Abg Aiman
Unisel Bestari Jaya, Konvokesyen ke-9
Dewan Canselor, FMTS bersama meraikan sahabat Konvo

Hahahahaha kalau lepak sampai awal pagi mesti main game "MAFIA"!!!, kalau dengar lagu "Orang Bilang" mesti ingat MTS, tak lupa juga tari-tarian senaman pagi seperti "I'm A Gummy Bear, Nobody, Tarian Arab" dll, itulah memory MTS yang mengikat hubungan dan ukhuwah kami, kerana kenangan itulah memory ini sentiasa dalam ingatan, lagi-lagi tak boleh lupa saat sambut Birthday

Taman Botani Shah Alam, Cycling
bersama di awal pagi
Shas dan Anis 2013, hahahaha time itu merajuk sebab tak de orang ingat birthday, ingat birthday Anis je, time tu pula Anis betul-betul kene prank, nak prank shas tak menjadi hehehehehe, nak hilangkan Daniel (kamera_nikon) last shas berjayakan prank semua orang balik, selain itu birthday marfika, dia dah agak kami nak prank, so how marfika? terkejut tak tengok video special dari kami hehehehehe, kami juga prank birthday shark, faiz, dan juga kak jee, kalau plan, in shaa Allah kami sentiasa bersama. Kami sentiasa keluar bersama kalau rindu mula memanggil, so kami akan pergi piknik. Piknik yang paling lawak dan kelakar di Kemensah, Kuala Lumpur, nak mandi katanya, air paras dada, sekali dapat longkang untuk mandi, hahahahaha serious gelak sampai pecah perut. #throwback First masuk MTS September 2012 Exco Kerohanian, lepas itu masuk buat kali kedua Exco TTK, so melekat sampai ke MTS terakhir Ogos 2014 Ketua Exco TTK, kalau fikir je TTK mesti ingat muka-muka ini Imran, Amirul Shafiq, M.Amirul, Selvan, Sakinah, Fatien, Ikhmar, Atun dan Adriana, sebab mereka pernah berada dalam position sama dengan aku dan mereka tahu macam mana aku lakukan kerja, mesti ada yang bengangkan, apa-apa pun nice dapat kerja dengan mereka walaupun dalam keadaan tension.

HEP UNISEL shah alam, kami sentiasa bersatu bila bersama,
saat yang paling bermakna untuk TTK

Universiti Selangor, Pendaftaran Intake Ogos 2014,
kami bersiap untuk membantu TTK angkut barang












Antara tag nama yang ada dalam simpanan Laptop.
Kawasan Parking Unisel SA, Tension!!!! (paip balance)
hahahahahaha tapi itu yang paling best
















Barisan Fasilitator Ogos 2014,
time  ini lah last menjadi fasi emmm sedih sangat. 

Special 2014 ialah "Ladies Night", last program untuk aku di UNISEL, itulah yang paling lama gerak kerja yang pernah aku lakukan, selama lima bulan buat persiapan "Ladies Night 2.0", First dengan proposal yang kene ubah banyak kali, lepas tu nasib baik ada sahabat tolong check, Alhamdulilah punya bertungkus-lumus nak dapatkan improve dengan Unisel akhirnya lepas jugak itupun ambil masa. Walaupun lambat dapat kelulusan dari Unisel, kami sempat mencari beberapa sponser, itu semua berkat jasa baik sahabat yang tidak pernah putus asa membantu untuk jayakan. Memang tension, tapi best sebab dapat buat kerja dan perah otak untuk cara jalan penyelesaian, start buat proposal sehingga akhir program, semuanya berjaya, Alhamdulilah. Bersyukur sangat kerana diberi peluang buat satu progam besar untuk kali terakhir di Universiti Selangor.



Universiti Selangor, Ladies Night 2.0
PCH, Malam Ladies Night 2.0
    Akhirnya tamat sudah kisah 2014 disini walaupun sebenarnya panjang ceritanya tapi kalau nak tulis detail emmmm memang tak cukup lah ruang, sebab banyak kisah suka duka berlaku. Pada 2 Januari 2015 keluar makan dengan sahabat comel, sembang panjang last dapat caption "baru 2 hari lepas tahun lepas (2014), hari nie dah 2015", itulah kehidupan, masa akan berlalu tanpa kita sedar, kenangan juga akan berlalu bagaikan angin. Tetapi kita perlu juga teruskan hidup dan pandang masa hadapan untuk mencari erti kehidupan. Kenangan!!! kita yang buat, kita yang cipta, kita yang lalui, Hargai kenangan selagi kita mampu, walaupun hanya sesaat cebisan kenangan itu hadir berikanlah sedikit senyuman kepada setiap kenangan itu. Ingatlah saat-saat kita gembira dan saat berduka kerana itulah pahit manis dalam ukhuwah, memadai hanya ingatan itu sudah mencukupi saat berjauhan untuk mengubat rindu ini.
#sayangkamu
#mtsogos2014
#mtsfamilyunisel
#proud_uniselian
#jom_join
#jomjoinunisel
#uniselshahalam
#universitiselangor

Terima Kasih Ya Allah kerana memberi peluang pada diri ini untuk mempunyai kenangan indah bersama ORANG TERSAYANG, Semoga Ukhuwah ini berpanjangan sehingga akhir hayat walaupun kami berjauhan atau busy dengan hal masing-masing, hadirkan satu perasaan untuk mengukuhkan Ukhuwah kami.

                                     SELAMAT TINGGAL 2014, SELAMAT DATANG 2015!!!!

Rabu, 3 Disember 2014

Hanya mimpi semata-mata

Waktu bagaikan mimpi
ia berlalu setelah sedar
mimpi itu tidak boleh disambung
bergitu terseksanya perasaan ini

waktu bagaikan mimpi
kenangan hilang tanpa disedari
memang benar mimpi hanya rekaan 
ia akan sentiasa berubah


waktu bagaikan mimpi
mimpi akan terjadi apabila kenangan itu kembali
mimpi akan musnah apabila kita melupakkannya
tetapi mimpi akan tetap datang tanpa mengira waktu.

waktu bagaikan mimpi
mimpi ku bukan hanya ketika tidur
tetapi mimpi ku juga ketika sedar
dimana ku sentiasa mimpikan kehadiran mu
bayangan mu sentiasa hadir dihadapan ku
malahan setiap gerak geri mu menjadi mimpi 
Perwatakan mu sukar untuk ku lupakan 
hati kecil ku mengatakan "rindu dia sangat"
apakan daya ku 
aku tidak mampu untuk menjadikan 
mimpi sebagai kenyataan

adakah ini pengakhiran untuk kita
adakah benar mimpi ku ini
"HANYA MIMPI SEMATA-MATA"

Ahad, 2 November 2014

RAHSIA HATI...

Sahabat Terima Kasih,
kerana merindui diri ini,
kerana menyayangi diri ini,
kerana mengingati diri ini,
Terima Kasih atas segala-galanya.

Hati ini sentiasa ikhlas dalam "JEMAAH"
ikhlas ini tidak pernah kabur,
ikhlas ini tidak pernah bertukar,
sehingga timbul nya perasaan buruk,
DENDAM, BENCI & IRI HATI,
jauh sekali untuk mu sahabat.

Ikhlas ini menyayangi mu
Ikhlas ini mencintai mu
Ikhlas ini menjadi sahabat mu
kerana ikhlas itu ukhuwah kita terjalin

Hati kecil  berkata,
"Terima Kaish"
Kerana menerima diri ini,
yang penuh dengan kekurangan & kelemahan.
diri mu sangat sempurna sahabat.
ketakutan pada diri sering melanda
kerana takut disoal hal mgenai agama,
diri ini sangat lemah mgenai itu.