Ahad, 4 Disember 2011

Hati Seorang Gadis

Hati ini kesepian tanpa kehadiran seorang teman.
Teman!!! aku mempunyai ramai teman tapi belum ada teman istimewa.
Hati ini ingin merasai perasaan mempunyai teman istimewa tapi itu hanya mimpi sahaja. 
Perhatian dari seorang teman istimewa sering kali menjadi bayangan. Perasaan cemburu melihat sahabat-sahabat mempunyai teman istimewa dengan tabah aku menghadapi. Aku takut untuk mempunyai teman istimewa sebelum akad nikah kerana haram hukumnya. tapi diri ini sentiasa berkhayal mempunyai teman istimewa, subahanallah besarnya dosa aku.. YA ALLAH S.W.T hamba mu ini memohon berikanlah kekuatan dalam menghadapi ujian mu ini.  Diri ini mempunyai banyak kekurangan, diri ini tidak layak untuk mana-mana lelaki. Terlalu banyak kekurangan yang tidak diketahui oleh sahabat-sahabat.
cinta sejati adalah cinta yang dicari-cari oleh ku.
tapi cinta yang paling agung bagi aku hanya satu dimana aku sentiasa simpan dalam hati aku sepenuhnya hingga hujung nyawa, cinta itu juga akan aku bawa kemana sahaja. aku akan sentiasa mencari cinta itu, aku amat mencintai mu YA ALLAH. Cinta aku pada seseorang hamba  tidak akan melebihi cinta aku pada mu YA ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan