Jumaat, 16 Disember 2011


Di hari yang baik,
Udara yang segar ,
Cuaca yang damai,
Hati ini sangat gembira,
Setelah langit bertukar menjadi gelap,
Air mata jatuh ke bumi semakin banyak,
Hati ini gelisah,
Kekeliruan tentang kegelisaan menjadi tanda tanya,
Sering kali bermain dalam fikiran aku,
Setiap saat dan setiap masa perkara itu muncul,
Sehinggakan hati ini semakin tidak tentu arah,
Aku sendiri tidak pasti dengan kata hati ini,
 
Cinta, 
Adakah ini yang menggangu aku,
Jauh dihati aku ,
Aku ingin bercinta,
Layakkah aku untuk dicintai,
Boleh ke dia menerima kekurangan dan kelemahan aku, 
Perasan itu membara selepas aku berkawan dengan dia,
Aku tak pasti adakah dia jodoh aku atau tidak,
Aku sentiasa doakan kebahagiaan dia,
Dia terlalu sempurna untuk aku,
Hati kecil ini berkata " aku sangat mencintainya",
Tetapi dalam masa yang sama,
Aku tahu aku tidak layak untuk dia,
Yang pasti,
Aku bertepuk sebelah tangan.

Perkara yang paling dibenci,
Dikecewakan ,
Ditipu,
Diperbodohkan,
Dipermainkan,
Semua itu menjadi ketakutan,
Sukar untuk aku mencintai sesorang,
Walaupun hati ini berat menyatakan,
Bertapa indahnya dunia ,
Mencintai dan dicintai.

Hati ini kesunyian
Perasaan cemburu dipendamkan
Apa yang boleh aku buat
Selain berdoa....
Yang pasti cinta yang paling agung
Cinta aku pada Allah s.w.t
Cinta ini akan sentasa dihati
Dunia dan akhirat...








Tiada ulasan:

Catat Ulasan