Selasa, 16 April 2013

Perasaan yang kembali bertiup

Kenapa Nama kau kembali dalam ingatan ini
cukuplah setelah lama perasaan itu menghilang
perlu ke hati ini terus berfikir tentangnya

diri ini sudah tidak tahu bagaimana lagi untuk melupakan dirinya
kerana hati ini sentiasa ada untuknya
dari jauh hati ini menunggu
dari jauh hati ini memikirkan
dari jauh hati ini tertanya-tanya

diri ini sudah penat memikirkannya
walaupun berat dihati ini
diri ini cuba sedaya upaya untuk melupakannya
pedihnya hati ini tidak siapa yang mengetahuinya
melainkan ALLAH ...

cinta ini indah
rasa syukurnya yang teramat kerana
dilahirnya perasaan ini
sukar untuk melupakannya

Keyakinan ku terhadap ALLAH
sangat menebal,
segala-galanya ku redha..

sesungguhnya cinta ku hanya untuk ALLAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan