Semuanya sudah terjawap
saat dia kesusahan
diri ini sedaya upaya
disampingnya
Tetapi saat diri dalam kesusahan
dia hanya berdiam diri
malah tidak bertanya khabar
tentang KU
Wajah ini sudah tidak mengerti malu
meminta dan merayu pertolongan
kerana ketakutan
sanggup KU tebalkan muka
Kepedihan ini parah
saat kesusahan itu bertambah
tangisan ini hanya ALLAH mengetahui
kerana hanya DIA yang mengerti
Tangan yang menggigil
tiada siapa yang melihatnya
malahan untuk merasakannya bergitu sukar
kerana saat itu diri ini keseorangan
diri ini hanya kuat kerana ALLAH
Setelah semuanya selamat
dia bertanya dan mengingati diri ini
alangkah baiknya diri ini
membawa diri keseorangan
KAWAN hanya tahu selesaikan masalah seendiri
KAWAN hanya bertanya setelah selesai masalahnya
KAWAN hanya bersuka tidak berduka
walaupun dia susah
SAHABAT tidak akan meninggalkan SAHABAT
saat dalam ketakutan
SAHABAT sentiasa menolong tanpa
mengira masa
SAHABAT akan merasai setiap kesusahan
yang dialami
YA ALLAH diri ini masih menyayanginya
mungkin dia anggap diri ini KAWAN
tapi sebenarnya diri ini ingin sekali menjadi SAHABATnya
setiap saat walaupun diri ini dalam kesusahan
diri ini cuba sedaya upaya untuk membantunya
SAYANG INI TIDAK PERNAH BERUBAH
.jpg)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan