Isnin, 22 April 2013

KESABARAN HATI

Hati bersabarlah dengan segala bisikan ini
setiap masa hati ini berkata
" Dia tidak lebih dari seorang kawan"
kata-kata ini  menyedarkan diri

Setiap kali berhadapan dengannya
hati terfikir bahawa kami hanya KAWAN
hanya dengan kata-kata itu
diri ini sedar dari segala bayangan




BOHONG seandainya hati ini berkata
"aku tidak menyukainya"
tetapi kerana takut dengan hasutan syaitan
hati ini kuat melawan bisikan itu




Ramai sahabat-sahabat berkata
"kami bercinta. kami couple, kami suka sama suka"
malahan ramai yang mengusik kami
sehingga mereka berkata
"saya suka tengok awak bersama dengan dia
hati ini rasa sungguh gembira dan tenang,
hati tersenyum bila kamu berdua bersama"
tetapi diri ini tetap dengan pendirian
" Dia tidak lebih dari seorang kawan"

kerana takut dilukai dalam diam
lebih baik diri ini menjauhkan diri
lebih baik hati ini keseorangan
kerana luka dulu mungkin akan kembali
cukuplah hati ini terluka dahulu



hati ini hanya mampu berdoa
dan terus berdoa...




YA ALLAH
kuatkan diri ini dari segala bisikan itu
kerana diri ini takut lalai




sehingga melupai MU YA ALLAH
cinta ku pada MU YA ALLAH
tidak pernah hilang
kerana cinta ku terhadapMU
diri ini kuat menghadapi
segala bisikan dan hasutan itu.





YA ALLAH LINDUNGILAH DIRI INI DARI SEGALA-GALA
GODAAN SYAITAN, HASUTAN SYAITAN
SERTA BISIKAN SYAITAN
YANG SENTIASA HADIR DALAM DIRI INI SETIAP DETIK
DIRI INI LEMAH TANPA MU YA ALLAH S.W.T








Tiada ulasan:

Catat Ulasan