Ahad, 2 November 2014

Khusus Pra-Perkahwinan AKU



2 hari ini aku sering berfikir,
siapakah aku untuk dia,
saat aku mencari jawapan itu,
kenapa hadirnya orang lain,

khusus ini amat bermakna untuk aku,
dan aku teringin sekali mendengar kata-kata manis dari mulut kamu,
tapi apakah daya,
hanya khayalan semata-mata,




hadirnya seseorang yang aku tidak sangka,
dan aku mendengar kata-kata manis itu dari mulut lelaki lain,
"JOM KITA PERGI KHUSUS KAHWIN BERSAMA"
Aku tahu kamu sudah ada sijil perkahwinan,
sengaja aku mesej "saya sedang mengikuti khusus Perkahwinan,"


Sedihnya hati ini,
berduka nya hati ini,
menangisnya hati ini,
kecewanya hati ini
apabila sangkaan ku benar,
kamu tidak membalas mesej itu,
dan aku cuba ubati hati ini
tetapi sehingga kini aku menunggu respon kamu,

Hati ini sangat sedih,
kerana sangkaan aku tentang kamu adalah benar,
aku KAWAN biasa untuk kamu,
aku bertepuk sebelah tangan selama ini,
hanya aku yang menyimpan perasaan,
malunya ....... kerana tingkah laku aku selama ini,

tapi apakan daya aku,
aku tak mampu untuk melupakan kamu,
walaupun kita berjauhan,
walaupun kita tidak berhubung,
ingatan aku terhadapmu
SENTIASA ADA,
sukarnya untuk aku lupakan kamu,
amat sukar untuk aku padamkan semua itu,
90% hati aku telah dipenuhi memory kamu



Perlukah aku ????
lepaskan semua perasaan ini,
Perlukah aku,
terima orang baru dalam hidupku
kenapa sukar untuk hindari perasaan nie,
saat hati ku nekad ingin lupakan lamu
kenapa kamu hadir lagi dalam hidupku
KENAPA!!!!KENAPA!!!!KENAPA!!!!!


Ya Allah............ ku tahu,
segala takdir aku telah ditetapkan,
Lelaki yang baik adalah untuk perempuan baik,
Perempuan yang baik untuk lelaki baik
juga sebaliknya sekirannya Jahat,

Jika benar apa yang ku rasa,
DIA bukan Jodoh ku,
bukan tulang belakang ku,
bukan iman ku,
bukan cinta sejati ku, dan
benar bukan untuk ku,
tabahkan hati ini,
Benar!!!! aku sangat-sangat mencintai kamu, 
selama-lamanya sehingga akhir hayat ku nanti....
aku redha dengan segala-gala yang Allah tetapkan.. 
kuatkan hati ini,
ikhlaskan hati ini,
dan redhakan hati ini,
agar aku dapat bukakan hati aku ini pada orang lain,
aku doakan kamu dijodohkan dengan orang yang selayaknya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan