Ahad, 2 November 2014

Ladies Night 1.0

Kehidupan ini amat makna rugilah seseorang itu kalau tidak menghargai kehidupan sekarang. Terlalu banyak kenangan dalam kehidupan ini, Pahit Manis bersama dengan orang sekeliling. Kehadiran mereka semua membawa makna yang teramat sehingga diri ini tidak mampu untuk mengatakannya.

Buat pertama kali dalam kehidupan saya, saya menjadi pemimpin untuk satu program besar iaitu "MALAM EKSPRESIASI SISWI" atau lebih dikenali "LADIES NIGHT", Alhamdulilah pada 12 November 2013, bersamaan 4 muharam 1415 (Selasa) program ini telah berlangsung dengan jayanya.

Jutaan terima kasih tak terhingga kepada sahabat-sahabat yang amat saya sayang kerana disamping saya untuk menjayakan program ini. Untuk pengetahuan program ini pernah menjadi mimpi serta angan-angan saya sejak kecil ketika itu saya hanyalah peserta bukannya ahli jawatankuasa. Alhamdulilah ia telah menjadi kenyataan kerana adanya sokongan dan dorongan dari kalian. Rasa amat bersyukur kerana ditakdirkan berkerjasama dengan sahabat semua. Terlalu bermakna sahabat-sahabat dalam kehidupan saya kerana terlalu banyak kenangan yang akan saya simpan sehingga akhir hayat saya dan akan saya bawa ukhuwah ini sehingga ke padang mahsyar. 

Exco Disiplin : Terima kasih kerana sudi menjadi guard pada malam itu, amat saya hargai jasa kalian kerana sudi membantu saya dalam menjaga ahli-ahli panel serta menjaga keselamatan yang telah ditetapkan. jasa baik itu tidak terbalas.

Exco Publisiti&Promosi ; Sebelum itu saya mohon maaf kerana tidak dapat membantu dengan sepenuhnya, terlalu banyak peristiwa yang berlaku sehingga menyebabkan berlakunya sedikit salah faham.
Terima kasih kerana membantu saya dalam mempromosikan program ini, bukan semua orang mampu melakukan kerja-kerja sedemikian dan ia memerlukan kekuatan dan ketabahan untuk melakukannya kerana cabarannya terlalu besar untuk berhadapan dengan siswi-siswi semua.

bergitu kuat usaha mereka untuk memastikan program ini berjaya dengan lancar dan jayanya. Terima Kasih yang teramat kepada Exco Protokol kerana sudi memeningkan kepala untuk memastikan program ini berjalan dengan teratur. Satu kerjayaan besar kerana mampu untuk menghiaskan dewan itu seperti yang diimpikan.
Exco Makanan : Makanan yang disediakan amat sedap dan saya amat suka terutamanya kek coklat tapi sayang tak sempat nak rasa kek lagi satu itu hehehehehehe. Terima kasih kerana berusaha mencari makanan untuk pelajar dengan harga yang amat berpatutan,juga terima kasih kerana dapat mencari sponser untuk makanan VIP, terima kasih sangat.

Bergitu keras usaha mereka untuk mencari sponser sehinggakan mereka terpaksa mendengar alasan yang diberikan. Exco Tajaan serta sahabat-sahabat lain yang telah berusaha dengan keras untuk mendapatkan sponser boleh membantu kita mejalankan program ini, Alhamdulilah dengan apa yang telah kita perolehi kita mampu untuk memeriahkan lagi program ini.

Exco Teknikal : Tanpa mereka program ini tidak dapat berjalan dengan lancar kerana kebanyakan barangan untuk dewan disediakan oleh teknikal. yang penting mikrofon, slide dan beberapa yang berkaitan dengan teknikal. 

Exco Pendaftran & Pengangkutan : Mula-mula pelajar datang jumpa mereka dulu, menyambut pelajar-pelajar serta memberikan cenderhati, serta melayan kerenah pelajar pada malam tersebut, terima kasih kerana membantu. Selain itu juga terima kasih kerana sudi menyediakan hadiah untuk malam itu.

Exco Tugas-tugas Khas : Exco kesayangan saya kerana exco ini menjadikan saya . Saya amat merindui kerja-kerja TTK. terima kasih kerana membuat kerja-kerja itu semua mohon maaf andai menyusahkan kerana banyak benda yang perlu ubah dari semasa ke semasa, banner, bunting, botton, backdrop, poster, buku program dan yang bermakna sekali tag hehehehe terima kasih kerana buat ia nampak cantik.

Kalian amat bermakna kerana berusaha keras memastikan program ini berjalan dengan lancar dan bagus. Bersyukur kerana saya dihadirkan dengan sahabat-sahabat yang sanggup membantu saya. 

Untuk Timb.Pengarah Program, Setiausaha dan Bendahari saya, Terima kasih kerana banyak membantu saya melakukan gerak kerja program. Tanpa kalian saya tak mampu untuk buat sendiri.

Jasa Baik sahabat-sahabat semua amat saya hargai sehingga saya tidak mampu untuk membalasnya hanya Allah s.w.t yang mampu membalasnya, saya sentiasa berdoa agar sahabat-sahabat dijaga dan dilindungi oleh Allah s.w.t...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan