Jumaat, 4 Oktober 2013

Sayang Yang Teramat Pada Mereka

Kasih sayang ini terlalu banyak untuk mereka sehinggakan tidak tahu bagaimana nak bahagikan supaya sama rata diantara mereka. Bertuahnya diri ini kerana dikurniakan mereka dalam kehidupan ini.

Salah seorang Sahabat yang amat2 Aku sayang telah mesej.....
       
       " andai saya pernah buat silap dengan sapa2 saya mohon maaf sepuluh jari, saya tak ada niat untuk memecahbelahkan sapa-sapa, saya tak sanggup untuk duduk bersama dengan korang sebab saya penyebab keruntuhan ukhuwah dalam hubungan kita, saya tidak sanggup. Niat saya untuk korang amat ikhlas dan saya tidak pernah menagih simpati daripada sapa-sapa pun, saya sentiasa doakan korang dalam doa saya supaya korang bahagia." 

YA ALLAH kenapa sahabat ku ini bergitu sedih dan merana, bergitu sedih hati ini saat membaca mesejnya kerana memikirkan dia keseorangan. Dimanakah aku saat dia keseorangan? Ukhuwah ini amat bermakna untuk ku kerana SAYANGnya yang teramat. 

     " meninggalkan korang adalah kebaikan kepada korang dan saya sanggup tarik diri daripada ukhuwah korang, seandainya saya menjauhkan diri bukan bermakna saya tidak menyayangi korang tetapi kerana saya terlalu menyayangi korang saya tak nak melukai sesiapa lagi dengan tingkah laku saya"

SUBAHANALLAH.... Apa yang telah aku lakukan sehinggakan sahabat yang ku sayang rasa perit dan merana sekali dalam persahabatan ini. kalau boleh aku teringin sekali memberi kebahagian ku padanya tetapi apakan daya kerana aku sendiri sedang merana dalam kesakitan. Kekuatan dan ketabahan ku ini adalah anugerah mu YA ALLAH, ku mohon kurniakan juga kekuatan dan ketabahan ini pada sahabat-sahabat ku, agar mereka kuat dalam menghadapinya.

Diri ini tidak pernah menyimpan kebencian walaupun sebesar kuman pun terhadap sahabat2, malahan untuk membenci lagi tidak pernah terlintas dalam hati dan permikiran ini. kerana kasih sayang ini terhadap mereka yang amat bermakna. aku sanggup lakukan apa sahaja asalkan mereka mengukir senyuman kegembiraan, susah dan merananya hati ini melihat kesengsaraan sahabat2. 

aku tak tahu bagaimana aku ingin bahagiakan KASIH SAYANG ku ini pada mereka kalau boleh aku ingin bersama-sama mereka setiap masa apakan daya aku hanya hambaMU yang hanya mampu mengikut segala takdir yang telah ditentukan olehMU YA ALLAH. 


Se-erat dan sekuat ini akan ku pegang dan tidak akan ku biyakan ia putus sampai ke akhir hayat ku. Sayang yang teramat pada mereka dan hanya ALLAH yang tahu bertapa sayangnya aku terhadap mereka...

Ukhuwah yang tercipta ini adalah takdir ku dengan mereka dan akan ku ikat ia seperti tali ini kerana mereka bergitu bermakna untuk ku. Doaku untuk mereka sentiasa aku iringikan dalam doa.

"YA ALLAH permudahkan segala urusan sahabat-sahabat ku dan berikan mereka pertunjuk untuk mereka keluar dalam segala masalah yang dihadapi., sesungguhnya tanpa IZIN&REDHA MU segala-galanya tidak akan berlaku" amin...amin..amin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan