Selasa, 7 Mei 2013

Sayang Tok Guru Nik Aziz


Dahulu, sosok itu tiadaku kenal
Bahkan namanya didengar ku terasa bebal
Dunia menyebut tentangnya buatku kenal
Aksi , sikap , tindak tanduk dia semuanya cekal
Sering rindu padanya utuh
Terpahat namanya dihati kokoh
Acap terbayang wajah tak lusuh
Lunak nasihat lidahnya sentiasa menyuluh
Sayang ini pada dia amat sekali
membuah tenang melihatnya dihati
Wajahnya begitu tenang
hingga hati gelora diserang
Hilang ancam tiada bayang
Hiba jantung ini
Tohmahan kepada dia dipandang keji
Pedih hati ini
Pandangan hina yang mereka beri
Seupaya daya aku menidak tohmahan keji
Fitnah jahat tiada selalu sepi
Andai tidak mampu diri ini
Tinggal hanya doa yang dititip kuratapi
Agar ALLAH S.W.T menguatkan serta melindungi
Dalam melangkah onak takdir segala diharungi
Basah matanya demi rakyat
Air jernih itu sering jatuh semasa hayat
hati ini terharu sedih.
Kebanggaan dalam diriku sentiasa melebih
Kerana pemimpin sepertinya ALLAH pilih
Tentang rakyatnya segala tidak dikalih.
Walau memimpin kami sudah kau luputkan
Engkau tetap berada dalam hati
Pemimpin idaman cerminan Nabi
Bayanganmu sentiasa kelihatan
suaramu sentiasa kedengaran
amalanmu sentiasa kami amalkan...
Ikhlas ku menyayangi TOK GURU NIK AZIZ
Rasa syukur lahirku ditanah tercinta KELANTAN
Segala pujian bagi-Mu ya ALLAH kerana dibenarkan oleh-Mu berada dalam jalan-Mu yang aman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan