![]() |
| TUAN GURU Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Dulu diri ini tidak mengenalinya
malas untuk mendengar tentangnya
namanya sering kali kedengaran
segala perbuatannya diperhatikan
rindu ini padanya seringkali ada
namanya sudah terpahat dalam hati ini
wajahnya sering kali dibayang-bayangkan
suaranya sentiasa kedengaran
sayang ini pada dia teramat sekali
melihat dia hati ini tenang
![]() |
| Wajah ini bergitu tenang |
hati yang bergelora
tenang saat menatap wajahnya
sayu hati ini
mendengar tomahan tentang dia
pedih hati ini
mendengar penghinaan yang diberikan
diri ini sedaya upaya membelanya
seandainya tidak mampu
hanya doa yang dititipkan
agar ALLAH S.W.T melindungi serta memberi kekuatan
untuk mengharungi segala dugaan dan cabaran yang telah ditakdirkan
![]() |
| Tangisan untuk rakyatnya |
setiap kali melihat Air matanya jatuh ke bumi ciptaNYA
hati ini sedih.
bergitu bangganya diri ini
kerana ditakdirkan dipimpin oleh Dia
pemimpin yang ikhlas memimpin rakyatnya
walaupun dia sudah tidak memimpin
![]() |
| TOK GURU |
tetapi hati ini tetap mengatakan
DIAlah yang memimpin
kerana bayangannya sentiasa kelihatan
suaranya sentiasa kedengaran
amalannya sentiasa diikuti...
Seikhlanya saya amat menyayangi TOK GURU NIK AZIZ
perasaan menyesal menjadi Anak kelantan
tidak pernah terdetik dalam diri ini
rasa syukur kerana dilahirkan ditanah tercinta KELANTAN
terima kasih YA ALLAH kerana menjadikan diri ini Anak Kelantan

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan