Jumaat, 4 Februari 2011

Susah sangat ke ibadah tu ex????


Antara keistimewaan ibadah dalam Islam ialah :
1. Bebas dari sebarang perantaraan
Dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, seseorang hamba Allah bolehlah terus melakukan ibadah kepada Tuhannya, tanpa menggunakan sebarang bentuk perantaraan sebagaimana yang diamalkan oieh sesetengah amalan dalam kepercayaan agama lain. Ini adalah kerana mereka berpendapat bahawa diri mereka cukup kerdil untuk berhadapan dengan Tuhan Yang Maha Tinggi, justeru mereka menjadikan paderi, sami dan ruh nenek moyang mereka sebagai perantaraan. Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Zumar ayat 3 yang bermaksud : Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (dan syirik). Dan Orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata):" Kami Tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami Kepada Allah dengan sedekat-sekatnya. . . Dalam Islam, seseorang itu boleh terus beribadah kepada Allah s.w.t secara langsung kepadaNya, tanpa perlu kepada apa-apa perantaraan atau orang ketiga. Mereka diperintahkan untuk terus beribadah kepada Allah secara terus menerus. Peranan ulama dalam Islam bukanlah sebagai perantaraan antara hamba dan Tuhannya, tetapi peranan mereka adalah lebih kepada menyampaikan ilmu pengetahuan dan cara yang betul untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Begitu juga dengan peranan yang dimainkan oleh para rasul dan anbiyayang berperanan sebagai penyampai wahyu Allah, tanpa sebarang tokok tambah. Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Nisa ayat 165 yang bermaksud : Mereka Kami utus selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan Pembeu penngatan, supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutuskan rasul-rasul itu. 






2. Tidak Terikat Dengan Sesuatu Tempat dan Masa Tertentu
Di dalam Islam, di mana-mana sahaja kita boleh beribadah kepada Allah tanpa terbatas kepada masa dan tempat yang tertentu. Pendeknya di mana-mana sahaja kita boleh beribadah kepadaNya. Seorang peniaga misalnya boleh beribadah di gerai jualannya di sepanjang hari seandainya kerja jual beli yang diuruskannya menepati syarat-syarat yang dinyatakan terdahulu. Begitulah juga seorang nelayan yang menjadikan lautan sebagai tempat ibadahnya kepada Tuhan. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Seluruh muka bumi ini adalah dijadikan masjid (Riwayat Abu Daud) Begitu juga tiada keterbatasan waktu untuk seseorang Muslim beribadah kepada TuhanNya. Ini adalah kerana dua puluh empat jam sehari semalam boleh digunakan untuk beribadah kepadaNya selama mana perbuatan mahupun perkataan yang dilakukan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Tidur bangunnya, makan minumnya, senda gurauannya, suka dukanya boleh menjadi rangka pengabdian din kepada Allah s.w.t. Berhubung dengan hal ini Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah al-Anam ayat 162 yang menunjukkan sesungguhnya sebagai seorang Muslim perlulah meletakkan segala urusan hidup matinya kepada Allah s.w.t. FirmanNya yang bermaksud : Katakanlah seseungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku Hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta aam. 






3. Tidak membebankan
Ibadah di dalam Islam adalah sesuatu yang masih di bawah kemampuan manusia dan sekali-kali membebankan. Ini dapat dilihat daripada ibadah khusus yang diwajibkan kepada umat Islam seperti amalan solat lima waktu. Ibadah solat ini wajib dilakukan sekadar kemampuan, seandainya seseorang Muslim sakit dan tidak mampu menunaikannya secara berdiri betul, maka dia dibolehkan duduk, baring dan seterusnya menggunakan mata dan hati sebagai ganti menggerakkan anggota yang tidak mampu dilaksanakan. Begitu juga dengan ibadat puasa yang hanya diwajibkan hanyalah pada waktu siang hari di bulan Ramadhan dan juga hanya diwajibkan kepada mereka yang mampu sahaja. Mereka yang sakit dan uzur dibolehkan menggantikan dengan fidyah.



Terdapat juga kei-inganan yang diperuntukkan dalam Islam seperti sembahyang jamak dan qasar bagi musafir, penggunaan debu tanah untuk tayammum menggantikan air dan lain-lain lagi. Semuanya menunjukkan bahawa ibadah dalam Islam sedikitpun tidak membebankan hamba-hambaNya dan semuanya terbatas kepada kemampuan mereka. Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah ai-Saqarah ayat 286 yang bermaksud : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. la mendapat pahala (danpada kebajikan) yang dilakukannya dan ia mendapat siksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya.






4. Skop Ibadah Yang Sangat Luas
Skop ibadah dalam Islam adalah sangat !uas, merangkumi segenap aspek kehidupan manusia, daripada bangun tidur sehinggalah mereka tidur kembali, dari urusan peribadi sehinggalah kepada urusan antara bangsa. Semua amalan yang dilakukan dalam kehidupan seharian boleh dijadikan ibadah asalkan ia menepati syarat-syaratnya. la juga tidaklah tertumpu hanya kepada hubungan hamba dengan TuhanNya, bahkan juga melampaui hubungan hamba sesama hamba dan juga hamba dengan alam semesta. Insan Muslim mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri, anak isteri dan keluarga, jiran tetangga dan anggota masyarakat Kesemua tanggung jawab ini jika dilakukan berlandaskan kepada tuntutan Allah s.w.t, maka penunaian terhadap tanggungjawab tadi adalah dikira sebagai ibadah terhadap Allah s.w.t. Keluasan ibadah seumpama ini hanyalah wujud di dalam islam kerana agama dan kepercayaan lain kebanyakannya memisahkan antara ibadah dan urusan kehidupan.





Urusan ibadah hanyalah dipenjarakan di gereja dan kuil sahaja dan terbatas pula kepada hubungan mereka dengan Tuhan semata-mata. Kesimpulan Secara kesimpulannya, telah jelas bahawa Islam adalah agama yang sesuai dengan peranan manusia di atas muka bumi ini, sebagai hamba dan khalifah Allah. Di samping itu, ruanglingkup ibadah yang terbuka luas akan dapat dimanfaatkan oleh semua umat Islam untuk mencapai kebahagiaan kehidupan dunia dan akhirat. Ini adalah kerana dunia ini umpama ladang, tempat mereka bercucuk tanam dan hasilnya akan dipungut di akhirat nanti. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Dunia ini adalah ladang (untuk bercucuk tanam) dan hasilnya akan dipungut di akhirat (Riwayat al-Bukhari)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan