Khamis, 3 Februari 2011

Mudah3.....

Akhlak. Di sinilah kecantikan Islam. Mudah. Semua orang boleh buat. Semua orang boleh aplikasi. Tambahan, Islam tidak bergerak secara sendiri-sendiri. Ia bergerak secara jama’i. Bukanlah Rasulullah sahaja perlu berdakwah, ummat baginda juga perlu. Jika tidak, baginda tidak akan menghantar Mus’ab bin Umair RA ke Madinah, baginda tidak akan menghantar Mu’adz bin Jabal ke Yaman. Baginda tidak akan menghantar 80 sahabat yang akhirnya mati di dalam peristiwa Bir Al-Ma’unah.

Paling kurang dengan akhlak. Itulah peranan kita.

Yang ada kepetahan berbicara, yang ada kelebihan menulis, yang mampu menonjol ke hadapan, yang boleh memimpin, yang mampu mengaut ilmu lebih tinggi, semua ada tugasan masing-masing dan tanggungjawab menggunakan abiliti mereka untuk Islam.

Tetapi tetap orang yang tidak mempunyai kelebihan-kelebihan itu, mempunyai peranannya juga. Bayangkan ya, pendakwah pompang pomping cakap Islam itu bagus, Islam itu cara hidup yang sebenar, tetapi ada ummat Islam yang rogol bukan Islam. Bagaimana? Tidakkah itu mencacatkan?

Maka di sini kita perlu faham betapa kita juga berperanan.

Akhlak adalah dakwah.

Jangan kata anda tidak boleh berdakwah.

Binalah akhlak.

Itu tugasannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan