Selasa, 12 Ogos 2014

Bayangan yang muncul...

Sakit ini tidak pernah padam,
kerana perasaan ini sering dalam tanda tanya,
kenapa perasaan ini tidak pernah hilang,
rasa sayang sentiasa ada,
sehinggakan air mata ini mengalir kerana rindu,

Tetapi kali ini !!!
rindu ini membawa kesakitan yang amat teruk
panggilan & mesej yang diharapkan
tidak pernah muncul... muncul...
hati ini seringkali berprasangka baik
perkembangan mu di media massa 
membuatkan hati ini menangis tidak henti-henti
sedih melihat semua itu 
Terima Kasih atas segala-galanya.

Satu masa perasaan ini sudah hilang
kerana pasrah dengan segala takdir
tetapi kenapa.. kenapa.. kenapa.. 
ketika saat itu tiba untuk melupakan mu
saat itu kau hadir kembali
dengan manja dan manis 
siapakah diri ini dalam hati mu,

adakah diri ini perlu jujur pada mu
adakah diri ini perlu ikhlas pada mu
adakah diri ini perlu berterus terang pada mu
adakah diri ini perlu luahkan segalanya pada mu

tidak... tidak.. tidak
itu semua tidak akan berlaku
kerana diri ini menunggu masa 
dimana masa yang sangat sesuai
untuk serahkan segala ingatanku padamu
kerana sudah tidak layak untuk ku simpan.

terlalu banyak kenangan yang disimpan 
yang menjadi tanda kita berdua..
terima kasih kerana hadir dan hadir dalam ingatan ini
bayangan mu, suara mu, ingatan mu, tingkah laku mu
malah segala tentang mu 
menjadi satu bayangan yang sukar untuk dilupakan,

Setelah tamat pengajian, 
Bayangan diri ini akan hilang dalam hidupmu
kerana saat itu adalah masa sesuai untuk 
diri ini jauhkan diri dari mu
cukuplah hati ini kesakitan selama 2 tahun
menyayangi, mencintai, merindui diri mu
dalam diam...

Akan ku simpan CINTA, SAYANG, & RINDU 
ini untuk mu buat selama-lamanya..
TERIMA KASIH CBR merah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan