Rabu, 9 Julai 2014

Aku lepaskan kerana aku sayang.



Keluarga ini sangat bermakna untuk aku,
keluarga ini memberi banyak perubahan untuk aku,
keluarga ini sering perbetulkan silap salah aku,
keluarga ini membawa aku ke jalanMU YA ALLAH.



Tetapi sekiranya keluarga ini sementara untuk aku,
Aku mohon YA ALLAH,
Permudahkan segala urusan mereka,
lancarkan perjalanan mereka untuk berjihad,
berkatilah mereka dalam segala urusan mereka.

Aku mohon YA ALLAH
sekirannya kerana aku berlakunya persekataan ini,
sekirannya kerana aku berlakunya permusuhan ini,
sekirannya kerana aku berlakunya perpecahan ini,
sekirannya kerana aku berlakunya kemusnahan ini.

Maka YA ALLAH...
pisahkan aku dari mereka,
jauhi aku dari mereka,
hilangkan bayangan aku dari mereka,
lenyapkan segala tentang aku dari mereka.

Kerana sayang YA ALLAH
aku mengambil keputusan ini
Kerana sayang YA ALLAH
aku melepaskan segala-galanya
Kerana sayang YA ALLAH
aku sanggup simpan kepedihan ini
Kerana sayang YA ALLAH
aku sanggup diam untuk selama-lamanya

KERANA AKU AMAT MENYAYANGI MEREKA
LEBIH DARI NYAWA AKU SENDIRI.....

Terima Kasih YA ALLAH, Terima Kasih
YA ALLAH, Terima Kasih YA ALLAH
kerana kau beri Aku pertunjuk
dalam surah Al-Isra',
berikan kekuatan untuk aku YA ALLAH
sesungguhnya tanpaMU YA ALLAH
aku tidak mampu untuk harunginya.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan