Khamis, 19 Disember 2013

SAHABAT ATAU KAWAN




Salahkah membawa diri
salahkah menjauhkan diri
salahkah mendiamkan diri
salahkah menghilangkan diri

setiap masa diri ini hanya ingin berada sana
yang sentiasa menerima diri
memang indah saat bersama
tapi adakah itu semua benar?



Salahkah diri ini menegur benda yang salah
Salahkah diri ini mengajar untuk kebaikan
Salahkah diri ini ingin mencari teman
Salahkah diri ini membebel kerana sayang
Salahkah!!!! Salahkah!!! Salahkah!!!

Perlukah diri ini memberi penjelasan
Perlukah diri ini memberi penerangan
Perlukah diri ini jujur dalam semua perkara
Perlukah diri ini melakukan segala-galanya untuk
mengembirakan semua orang
Perlukah!!! Perlukah!!! Perlukah!!!

Jahat sangatkah diri ini
sehingga diri ini diperkatakan
Jahat sangatkah diri ini
sehingga dihina-hina
Jahat sangatkah diri ini
sehingga dijadikan umpatan
Jahat sangatkah diri ini
untuk kalian terima

Diri ini sentiasa memikirkan yang terbaik untuk kalian
apakah daya hanya Allah s.w.t mengetahuinya
Terima Kasih untuk segala-galanya
bergitu indah saat bersama selama ini
kalian amat bermakna dalam kehidupan ini
sehingga sukar untuk diri ini membenci

Kalian anugerah yang bernilai dari Allah
Teruskan dan teruskan membuat andaian tentang diri ini
kerana diri ini sanggup menerima segala-galanya
asalkan semua itu memberi kebahagian kepada kalian

Sahabat belum tentu Sahabat yang sebenar
Kawan belum tentu Kawan yang sebenar
Sahabat yang dianggap sahabat boleh jadi Kawan
Kawan yang dianggap kawan boleh jadi Sahabat
sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala-galanya
kerana kita tidak pasti siapa mereka disebelah kita

Kita boleh menilai,
tetapi !!! benarkah segala penilaian kita?
Allah s.w.t. lebih mengetahui
diri ini tetap dengan pendiriannya
dan diri ini tidak pernah berubah
YA ALLAH S.W.T PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI
DAN MEMBERIKAN KAMI JALAN UNTUK MENCARI PERTUNJUK DAN HIDAYAHMU.
perkenalan ini tidak akan terjadi tanpa takdir MU
ukhuwah ini tidak akan terjalin tanpa perancangan MU
TERIMA KASIH KERANA HADIRKAN MEREKA DALAM HIDUP INI
RASA SYUKUR YANG TERAMAT...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan