kenapa diri ini dilayan sedemikian
sering kali dimaki hamun disekeliling sahabat lain
Adakah kerana diri ini terlalu lemah
maka mudah untuk dilayan sedemikian
menjadi mangsa kemarahan
mangsa untuk dipersalahkan
kerana menampakkan diri ini seorang yang lemah
Terima Kasih Kawan !!!!
kerana memalukan diri ini dalam diam
Terima Kasih Kawan !!!!
Kerana berjaya jatuhkan martabat diri ini
Terima Kasih Kawan !!!!
kerana layan itu semua
ku sanggup dimaki, dihina, dimarahi
kerana kasih sayang
kerana ingin menjaga ikatan ini
kerana menghargai perkenalan kita selama ini
Siapakah diri ini untuk berkata-kata
diri ini tidak mempunyai kekuatan
untuk mempertahankan diri sendiri
adakah kerana diri ini terlalu BODOH
sehingga terima sahaja segala layanan itu
atau kerana SAYANG teramat pada KAWAN
Allhamdulilah kerana dihadirkan KESABARAN
Allhamdulilah kerana dikurniakan KEBIJAKSANAAN
Allhamdulilah kerana ditetapkan PENDIRIAN
Allahmdulilah kerana dianugerahkan KETABAHAN
sesungguhnya ALLAH mengetahui segala-galanya
apa yang tersirat tersurat dalam hati ini
Kawan sedar atau tidak
diri ini sentiasa bersabar
kerana diri ini sayang pada
perkenalan kita yang telah ditakdirkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan