Kadang-kadang kita tidak sedar
yang di hadapan mata kita itu adalah sinar.
Sekarang bila berjauhan, terasa
rindu yang sukar diungkap.
Hanya bermain dihati dan dijiwa.
Sakitnya menahan
rindu apabila yang dirindu tidak mempeduli.
Sakitnya menahan rindu apabila yang
dirindu tidak memahami.
Perlukah diungkap kata itu??
Perlukah diluahkan ayat
itu??
Sukar bagiku kerana takut disalah erti.
Muka yang sentiasa terukir senyuman ini ada juga perasaan.
Bibir tersenyum hati menangis.
Salahkah aku merinduinya??
Salahkah aku
menyayanginya??
Salahkah aku sentiasa membayangkannya??
salahkah aku??
ONLY THAT!!
Tapi siapa yang nak memahami apabila hanya hati yang berbicara.
Hanya Maha
Mendengar dan Maha Memahami.
Kadang-kadang rasa marah, geram walaupun dia hanyalah rakan,
kawan dan sahabat.
Bila mesej tidak dibalas, bila panggilan tidak dijawab,
terasa seperti "beria-rianya aku".
Adakah mulai sekarang aku perlu
hentikan semuanya??
Adakah mulai sekarang aku perlu hilangkan apa yang aku
rasa??
Adakah mulai sekarang aku perlu melarikan diri daripadanya??
Adakah mulai sekarang aku perlu mendiamkan diri??
Tapi saya sayang sahabat saya.
Akan ku biar dan pendam apa yang kurasa.
Aku sangat sayangkan persahabatan ini.
Aku sentiasa doakan persahabatan ini
berkekalan dan dirimu sentiasa bahagia disamping insan-insan yang disayangi. sesungguhnya DOA ku sntiasa ada untuk dia buat selama-lamanya...
Allah sentiasa menjadi peneman saya sebagai penganti awak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan