air yang dicincang tidak akan putus
Sekian lama bergembira
dugaan datang tanpa diminta
pelbagai cabaran harus dilepasi
bukan mudah untuk mengharunginya
mengharunginya seorang diri
tetapi kerana sayang
sanggup ku harungi
Terkenang kisah lampau
mengalirkannya air mata
merindui masa lampau
yang penuh dengan gelak tawa
dugaan datang tanpa diundang
kuatkah iman untuk melepasi
hasutan , godaan yang datang
kawan ada saat suka
SAHABAT suka duka bersama
DIA amat bermakna
tidak ada perhubungan tidak ada salah faham
benci, dendam, marah, sakit hati , kecewa
hanya pada satu masa
setelah itu hilang perasaan itu
Diri ini amat merindui DIA
saat makan bersama
saat bercerita
saat berkongsi
saat keluar
setiap saat kita bersama
amat bermakna
Sukar untuk KU lupakan saat itu
kerana DIA terlalu bermakna
Seandainya diri
dibenci, dihina, dikutuk, difitnah,
sayang ini tidak pernah pudar
rindu ini semakin bertambah
bagaikan gunung berapi yang mengalir
Doaku sentiasa ada untuk sahabat
perkenalan ini tidak akan putus
hanya nyawa yang akan pisahkan
kerana diri mu bermakna...

.jpg)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamIkhlas dari hati seorang hamba ALLAH s.w.t
BalasPadamSebuah Persahabatan amat bermakna,
Jauh disudut hati untuk membenci, berdendam dan menghina...