Isnin, 18 Februari 2013

Redha...


Air yang tenang jangan sangka tidak akan bergelora
Angin yang sayu mungkin bertukar taufan
Api yang kecik tak bermakna tak akan marak
Bangunan yang kukuh tak mungkin tidak akan runtuh,

Dugaan terus datang dan datang
membuatkan fikiran terus menerus melayan
Layakkah dicintai dan mencintai 
Hina, jahat, dan jahilnya diri ini



Dia terlalu baik
Diri ini tidak layak untuk dia
Dia hanya untuk orang baik sahaja
Diri ini mungkin menjadi penghalang 




Menjadi diri orang lain
Amat sukar untuk diri ini
Seandainya itu mengembirakan
Hati ini tumpang gembira…

Ya Allah hambamu ini amat kerdil di muka bumi ini
Siapalah diri ini tanpaMU
Rasa syukur tak terhingga dan tak terbalas
Kerana nikmat yang diberikan oleh MU
Bergitu bernilai




Hati ini ikhlas mencintainya
cinta ini kerana Allah s.w.t
Rindu ini kerana Allah s.w.t
apakah daya
Dia bukan untuk KU


cinta dan rindu secara diam
hanya Allah s.w.t mengetahuinya
diri ini hanya mampu berdoa dan menunggu
keran diri ini lemah itu menghadapinya seorang diri...

1 ulasan: