Sabtu, 19 Januari 2013

Dugaan tanpa henti....

Setiap saat, setiap hari
setiap masa, setiap ketika
bayangan mu terbayang-bayang
sukar untuk melupakan MU


sejarah tinggal sejarah 
sejarah tidak akan berulang
kenangan tinggal kenangan
kenangan pergi bergitu sahaja
manis saat bersama 
pahit saat dilukai

Air yang mengalir terus mengalir
petir terus menyambar 
sukar untuk membaikinya
Allah s.w.t mengetahui segala-galanya



menjauhi mu amat pedih
mendekati mu amat merana
sukar untuk melupakan mu
kerana banyak ikatan diantara kita

Kenapa aku yang harus menghadapinya
kenapa aku yang perlu merasainya
kenapa aku yang diuji
kenapa aku KENAPA....

Lari dari masalah 
perkara yang paling buruk 
menghadapinya 
perkara paling parah

tabahkah diri ini untuk menempuhnya
kuatkah diri ini menghadapinya
teguhkah diri ini untuk berdiri
kukuhkah hati ini

Sukar untuk membayangkannya
kerana terlalu pedih 
menghadapinya seorang diri
menjadikan diri ini lemah

SIAPAKAH dia untuk aku berkongsi...
aku hanya mampu untuk menunggu
dan terus menunggu....






2 ulasan: