Dulu aku hanya bayangkan
tetapi sekarang perkara itu telah hadir
tanpa diduga
perkara yang aku sendiri tidak percaya
akan berlaku pada aku
Terlalu awal untuk aku memikirkannya
kerana diri ini belum lagi bersedia menghadapinya
masih banyak yang perlu diselesaikan
hidup aku masih belum lengkap
Datangnya lamaran Seseorang ADAM
membuatkan diri ini terkejut
kerana diri ini hanya keseorangan
sekarang hadirnya ADAM ini
untuk bertakhta dalam hatiKU
menunjukkan diri ini semakin dewasa
Terlau Awal untuk aku menerimanya
walaupun ISLAM menggalakan
diri ini belum lagi bersedia
Kerana diri ini belum lagi lengkap
kerana hanya lafas dari seorang ADAM
tetapi untuk mempertahankan dan mengukuhkan
amat sukar bagi seseorang yang lemah
Masjid yang kukuh memerlukan kekuatan, persediaan dan
pengetahuan yang secukupnya
malahan pergetahuan AGAMA amat penting
dalam sesebuah Masjid....
Terlalu Awal
untuk diri ini menerima Lamaran itu
kerana diri ini sangat lemah
dan mempunyai banyak kekurangan
yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa sahaja
melainkan ALLAH S.W.T
Tiada ulasan:
Catat Ulasan