Pengalaman sewaktu umur meningkat dewasa.....
Sejak
aku tamat alam persekolahan aku tidak pernah bekerja untuk dapatkan duit.
Kebanyakan kerja yang aku lakukan hanya niat untuk menolong. Tetapi pada 22 JAN aku telah mula bekerja di KFC PKNS
SHAH ALAM. Itu tempat pertama aku bekerja, hati ini begitu takut kerana tidak
pernah bekerja selama ini. Hadirnya seseorang yang suka kacau aku membuatkan
aku bertambah tidak selesa. Aku sering
kali menyatakan yang dia adalah satu-satunya lelaki yang pernah kacau aku.
Tetapi dia terus kacau aku sehinggakan aku sering kali terbayangkan dirinya.
Setiap kata-katanya amat bermakna bagi aku. Dia pernah mengatakan yang senyuman
aku begitu manis dan ayu, tambahan dia selalu merenung aku setiap kali kami
bekerja bersama. Dari jauh dia lihat aku membuatkan aku tidak selesa.
Sehinggakan aku tergelak seorang diri mengenangkan tingkah lakunya itu. Malahan
aku bergitu mangambil berat tentang dirinya. Tambahan dia pernah menyanyikan
sebuah lagu yang dimana lagu itu nama aku dimasukan yang mengatakan dia
mencintai aku.... Aku terpaku dan malu. Adakah kata-kata itu ikhlas atau
gurauan sahaja... Aku begitu bahagia dan gembira sekali dengan layanan dia itu.
3 FEB aku tesepak kakinya yang pernah kemalangan.
Aku begitu takut melihat
kesakitan yang dia alami. Sehinggakan aku menangis kerana dia, aku pernah cakap
pada dia yang aku takut sangat sampaikan aku
nangis dan dia cakap dia saja nak bermanja dengan aku malahan dia nak tengok aku
menangis dan dia akn pujuk aku. Hati ini telah lembut tentang lelaki kerana
dia. Aku begitu harapka segala kata-katanya adalah benar dan ikhlas. Pada suatu
hari dia telah kurang mengambil peduli tentang aku malahan dia semakin rapat
dengan seorang staf disana, hati ini bagaikan kaca yang telah pecah dan tidak
akan dapat disatukan lagi sampai bila-bila. Masalah bertambah berat saat aku
terjatuhkan pascard dia, aku dah berulang kali memohon maaf tetapi dia tidak
memaafkan aku. Aku pernah sms dia (dah menyampah sangat ke tengok muka sha ini)
msj aku tidak dibalas, ini menunjukkan dia membenci aku, aku masih lagi boleh
bersabar, selang beberapa hari aku sms lagi ( sha sangup buat apa sahaja
asalkan awak sudi maafkan sha) sms itu juga tidak dibalasnya. Hati ini malu dan
rasa seperti orang bodoh sebab merayu kemaafan daripada seseorang yang tidak
akan maafkan kita. Benci tidak pernah hadir dalam diri ini terhadap dia, tetapi
mulut aku sering kali mengeluarkan kata-kata yang menunjukkanaku membenci dia
ini kerana aku ingin menyimpan perasaan aku terhadapnya diam-diam, aku tak nak
orang lain tahu tentang perasaan aku
terhadap dia. Aku telah kalah dalam membenci seseorang lelaki, setiap kata-kata
dan perbuatan dia terhadap aku, bergitu indah bagi ku. Pergaduhan kami semakin
besar setelah selesainya general meeting kali ketiga apabila aku m'yuarakan
tentang layanan miss sellam terhadap sahabat ku dan juga waktu solat. Miss
sellam pernah melarang staf lain untuk pergi solat malahan berlaku depan mata
aku sendiri dimana beliau menghalang staf pergi solat, aku menerangkan bahawa
kaunter depan mempunyai dua orang staf sorang boleh menjaganya manakala seorang
lagi boleh pergi solat, aku hanya menyebut nama gadis kesayangan dia sahaja,
aku tidak memburuk-burukannya tetapi dia salah faham dengan kata-kata aku.
Kesabaran aku bertambah setelah dia memalukan aku depan STAF lain. Dimana dia
menyatakan aku menyusahkan COOK kerana perlu masak fish burger untuk aku, ini
kerana miss sellam memberi tahu semua staf bahawa aku tidak boleh makan-makanan
yang berkaitan dengan ayam. Keesokkan hari aku asik terbayangkan kata-kata itu
sehinggakan susah untuk aku belajar dan
akhirnya aku sms dia. Aku tanya dia adakah dia ada masalah dengan aku.
Aku tak pernah kacau dia.
Antara sms yang dia balas.....
Aku tak
pernah benci kau, tapi kau pernah cakap kau benci aku masa aku tegur aku ok tak
pe lah, aku pun tak hairanlah kau benci aku. Aku tak mintak makan pun dengan
kau... Ingat semalam pasal kaunter kau sebut nama ANIS kenapa kau tak sebut nama
orang lain? Aku tahu lah kau tak puas hati dengan anis pasal kawan kau yang
LEMBAP tu, kau tak puas hati dengan anis kau jangan cari anis kau cari aku
berdepan dengan aku, shah alam tempat aku ok.aku tak kacau kau, jangan kau
kacau hidup aku dengar tak!!!
Aku tak
de mase nak jumpa kau, aku penat kalau kau nak tengok bukan diri aku sebenarnya
kau kacau lah aku malam nie! Tak guna aku layan kau, bla dlu salam,
Tak
payah nak sttle k! Sush ko cri owg sdr ko kutuk blakang2 bgus r prgai ko dh
r!!! Aku xpnh benci ko tpi ko pnh ckp start aku tgr ko ko dh bnci kt aku ko ckp
xpnh laki graw gn ko k fine xley graw duduk hutan k!!! Wa bla dlu salam...
Itu adalah kata-kata yang amat menyedihkan hati aku, aku tak
sangka dia boleh mengeluarkan kata-kata sedemikan pada aku... Aku memang dah
tak boleh tengok dia lagi sampai mati aku tidak akan jumpe dia.
Aku cakap tak pernah lagi ada lelaki yang kacau aku seperti
mana dia kacau aku, maksud aku dia lelaki
pertama yang bergurau macam itu dengan aku. Aku ini bukannya cantik so
tak de laki yang kacau aku seperti dia. Dia kacau aku dengan mengunakan
kata-kata manis dan tingkah laku yang boleh membuat aku lemah... Hati aku telah
cair dengan segala perbuatkan dia terhadap aku, aku bergitu menyayangi dia.... Tetapi itu hanya aku dan ALLAH yang tahu. Aku tak nak jumpa dia sampai akhir hayat aku
malahan batang hidung dia pun aku tak nak tengok bukan itu je aku juga tak nak
dengar suara dia sampai bila-bila.... Dia tak nak aku kacau hidup dia, dengan kata putus aku
resign kerana kata-kata dia itu. Seandainya aku mati aku nak dia tahu aku
pernah menyayangi dia sangat...
Bismillahirrahmanirrahim dengan lafaz ini aku maafkan segala
kesalahan dia terhadap aku, malahan aku tidak pernah menyimpan perasaan benci
dan dendam terhadap dia. Tetapi aku pernah menyimpan perasaan sayang dan kasih
terhadap dia.... Aku doakan kebahgian dan kejayaan dia sampai akhir hayat.
Pada suatu
hari aku telah berbincang dengan DIA, segala yang aku simpan dlam hati telah aku
luahkan, malahan perkataan “ aku sayang kau sebagai sahabat sangat-sangat” telah
aku ucapkan, aku tak pernah keluarkan
perkataan sayang pada seorang lelaki walaupun lelaki itu sahabat lama aku, ini
kan pula sahabat yg bru kenal 3 bulan. Dalam perbincangan itu kau pun berkata
perkara sebenar b'sertakan dengan kata-kata “seburuk-buruk engkau pun aku hormat kau” ayat itu buat
hati aku amat terkejut... Dengan kata-kata itu telah menunjukkan yang aku ini
tidak layak untuk berada disamping engkau. walau apa pun semuanye telah selesai kau dgn aku 0-0... 1 APRIL ulang tahun kelahiran
engkau... Selamat menyambut ulang tahun yang ke 21, aku doakan kebahgian dn
kejayaan kau dunia akhrat. Smge kau dpt mcapai sgla impian kau... hubungan kita tidak akan berpanjangan, itu aku pasti... aku hanya boleh berdoa dn berkta2 dlam hati bsertakan doa, agar kau dirahmati dn dilingungi oleh ALLAH S.W.T, aku yg sentiasa ada
untuk engkau wahai ADAM.... BUKU BERISTIGHFAR ini aku hadiahkan untuk Engkau wahai Adam... ikhlas dari hati aku, mungkin ini kali pertama dan kli terakhir aku berikan pda Engkau Adam...
Kau lh
orang pertama yang kcau aku, kau lah orang ptama yang sruh aku pergi duduk
dalam hutan, dan kau juga lah orang ptma yang ckp aku nie buruk... Terlalu banyak
prtama kali yang telah kau bt pada aku... Perkara itu telah membuat aku
bertambah sayang pada engkau, bodohkah aku???? Aku berharp Allah s.w.t sentiase
berada dismping aku untuk melindungi aku... kita tidak akan berhubung smpai bila-bila dan rapat spti dahulu lagi andai kita berpisah suatu hari nanti kita tidak akan berjumpa sampai akhr hayat aku....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan