Khamis, 12 Mac 2015

Kasih Seorang Anak!!!

Kasih yang ditahan dan dipendam
hanya tangisan yang menemani diri
raut wajah mereka hadir bagaikan realiti
senyuman terukir dengan sendiri

setiap masa bayangannya hadir
air mata ini akan sentiasa menemani
menahan sebak didada tanpa henti
melepaskan rindu hanya dengan berdoa

siapa tahu apa dalam hati
hati yang penuh dengan tanda tanya
siapa tahu apa dalam fikiran
fikiran yang penuh dengan tanda tanya

Angin yang bertiup akan berlalu
dengan membawa kasih dihati
untuk orang tersayang
walaupun jarak memisahkan kita


Ma@Abah restuilah anak mu ini
Nasihat ma@abah sentiasa terpahat
setiap pesanan sentiasa diingati
kerana sayang teramat pada ma@abah

Kakak-kakak yang tercinta
teguran kalian sentiasa adik mu ingat
kerana teguran itu ku pasti
tanda kasih sayang terhadap adik mu ini



Adik-adik ku yang tersayang
kakak mu rindu untuk marahi kamu
teringin penuhi pemintaan kamu
kerana sayang diri ini teramat pada kamu

Teratak tercinta dan tersayang
diri ini memerlukan restu kalian
diri ini tidak kuat tanpa kalian
diri ini perlukan sokongan dari kalian
kerana kalian sumber inspirasi diri ini

yakin pada diri ini
setiap perkara yang dilakukan hanya
untuk keluarga tercinta
untuk masa depan kita semua

Keluarga tercinta !!!
Ma@Abah anak mu perlukan
Kepercayaan dan Sokongan
Kakak-kakak ku
adik mu hanya perlukan
semangat dan ketabahan
Adik-adik ku
kakak mu hanya perlukan
Ikhlasan dan kasih sayang
semua itu amat penting
kerana tanpa kalian
siapakah diri ini
sehingga ke hari ini
diri ini tidak akan pernah kuat
tanpa mengingati KELUARGA KITA!!!!



Doakan diri ini
agar diri ini kuat
Ikhlas dalam melakukan sesuatu
sentiasa mengingati Allah S.W.T
serta tidak akan mudah putus asa
sesungguhnya Kalian Orang Tercinta.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan