Jumaat, 2 Januari 2015

Selamat Tinggal 2014, Selamat Datang 2015 !!!

Sekelip mata je masa berlalu, tanpa ku sedar umur ku semakin meningkat dan masa mengubah segala-galanya tanpa ku sedar. Memang benar kata orang masa berlalu seperti angin yang bertiup, tanpa kita sedar.

Pulau Pangkor, Gotong-royong pulau pangkor
Akhirnya tamat sudah sesi belajar di kampus, 2014 adalah pengakhiran dan 2015 adalah permulaan untuk kerjaya. Kenangan di fakulti penuh dengan pahit manis yang akan sentiasa melekat dihati. Manisnya saat buat presentation THE BEST!!!! 3 tahun belajar hanya ini je yang aku rasa habis-habis aku buat bagi berjaya, kelas Critical Issue, Communication Research (Sept), dan Investigative, tak de lah best macam budak-budak lain tapi itu memadai untuk aku dan aku rasa puas sangat-sangat dan itulah presentation yang paling aku suka.
Port Dickson trip bersama Family Bachelor Of Journalism #FBOJ juga mengeratkan hubungan kami, kami bersama-sama menjayakan trip tu, selain itu Trip Taman Negara THE BEST!!! Last trip yang aku join yang fakulti ialah Trip Pangkor, nice trip friend's. Kalau ingat member course/faculty mesti ingat Surati, Aien, Arifah, Ifa, Mai, Kak Liya, Farah Kiman, Yaya, Lela, Alya, Farah, Shima, Milah, Syerra, Sofi, Lutfy, Marfika, Yasmin Manan, Yasmin, Kak Eka, Melati Bambam, Melati, Talha, Mahen, Amer dll, terima kasih kerana banyak membantu selama ini, Terima Kasih yang teramat.

Taman Negara, kawasan rumah orang asli.



Port Dickson, Family BOJ Unisel Shah Alam.
Pulau Pangkor, Journalism Day last with all my friend #BOJ 
Pulau Pangkor, Malam Kebudayaan kami, 

Pulau Pangkor, sambil gotong-royong kami tak
 pernah lepaskan peluang bergambar.

Tahun lepas (2014) adalah tahun yang sangat mencabar kerana itu adalah tahun akhir untuk tamatkan sesi pengajian di UNISEL Shah Alam.

Kubang Kerian, Kelantan - Jaulah ke pantai timur

        #2014 merupakan kenangan silam, kenangan yang amat sukar untuk dilupakan dengan keluarga Unisel serta sahabat tercinta, indahkan kalau #throwback kenangan 2014. Keluarga pertama di Unisel Persatuan Pembangunan Insan (PPI), aku dilantik sebagai Timb Bendahari, emmmmm nak percaya atau tidak itu takdir aku, satu tanggunjawab yang sukar untuk aku dan hanya Allah tahu apakah cabarannya yang harus aku tempuhi, tetapi itu perancangan Allah s.w.t, dan aku terima dengan rasa syukur, dan cabaran itulah yang memberi banyak kenangan terindah bersama mereka. Mereka mengajar aku banyak perkara sehingga aku berani buat program, dan berjaya menonjolkan diri ketika zaman persekolahan di bumi shah alam, kalau ingatkan kembali Program Insan seperti Gen-Y, Solat Hajat, Forum, Ladies Night, Port Dickson, Rehlah, dan Belanga, semua itu amat sukar dilupakan, yang tak boleh lupa saat kami JAULAH bersama, kalau fikir INSAN

Selangor, solat berjemaah dalam hutan ketika
program pendakian
mesti ingat Ifdal, Hikmi, Yusup, Amar, Kamarul, Faiq, Taufiq, Dzol, Faiz, Kak Long, Puteri, Faziatul, Fathin, Umairah, Syakirah, Ikhmar, Seri, Sakinah dan Sahabat tercinta (Keluarga Besar) yang sentiasa bersama dalam bayangan. Terima Kasih kerana terima diri ini, terlalu banyak kekurangan serta kelemahan tetapi masih diterima oleh sahabat, nasihat menasihati, tegur-menegur, usrah bersama, semua itu kenangan yang bermaknanya.Yang paling sukar adalah saat kami bersama-sama berjihad ke jalan Allah s.w.t.. YA ALLAH itu paling bermakna, kerana itulah diri ini kuat dengan ujian yang datang.

Universiti Selangor, Solat Hajat dan Forum Perdana.
Green House, Ramadhan terakhir
 bersama keluarga INSAN









LT2, Perjumpaan ahli PPI.











Big Family di Unisel SA ialah (FMTS) Minggu Tekad Siswa, hahahahah senyum tak terhenti-henti kalau fikir pasal mereka, kerana mereka sangat-sangat special!!!!. 

Port Dickson, kami dihargai, kami disayangi, memory terindah dan trip the best dengan "FMTS"
kerana mereka aku berani tonjolkan diri ini,
Mall Hall (PCH), Majlis penyerahan pelajar kepada
 barisan Fasilitator
kerana mereka aku mengenali diri ini di kampus
kerana mereka aku belajar sesuatu yang bermakna
kerana mereka juga aku mempunyai banyak memory


LT6, Unisel - Meeting persiapan untuk sesi pendaftaran
untuk keesokan hari








PCH Unisel Shah Alam, Majlis Ikrar, majlis yang paling kami
semua tak sabar-sabar nak jayakan.
Bukit Cherakah, Indaksi MTS Jun 2013


Haikal, Saiyuti, Adeeb, Adi, Hazlami, Anis, Ah Heng, Faiz, Gobalan, Hanafi, Imran, ufi, Amirul Shafiq (Ayam), M.Amirul, Fathy, Hakim, Henkie, Hudzrul, Marfika, Anas, Ryan, Hafizi, Aiman, Moaz, Rubn, M.Irsyad, Nizamudden (Bob) Zaki, Hanif (MPP), Ricky, Rammy, Fazly, Selvan, Dayah Ismail, Khairool, Marcus, Dayah Musa, Grace, Qurartu (Princess), Syakilla, Juliana, Tina, Fairuz, Farah, Insyirah, Jamunah (Baby), Alin, Afifah, Syakilla, Su(Princess Puple), Kak Inas, Kak Syahida, Thiru, Julie, Kak Jee, Kak Nany, Kak Huda, Kak Liza, Alia, Aina, Kak Najwa, Kak Ros, Mira, Atun@Atin, Saru,  Maryam, Subha, dll. Kenangan yang amat sukar nak untuk dilupakan, terutama sekali saat kami bergabung tenaga dan berusaha keras dalam pasukan selama seminggu, apa lagi kalau bukan MTS, ingat lagi saat Indaksi, Minggu persiapan, MTS dan post-Mortem sampai awal pagi, lepas tu habis MTS semua itu pergi tengok wayang, makan bersama, dll. Alhamdulilah Ramadhan tahun lepas kami berbuka bersama di dataran, gembira sangat sebab dapat berbuka bersama.




Dataran Shah Alam, Majlis Berbuka Puasa bersama FMTS

Gombak, Weeding Kak Jee & ABG Feezam
    Selain itu, Specialnya 2014 ialah Anis Azmani, Kak Mashitoh dan Kak Jee, kerana mereka sudah bergelar Suami serta isteri kepada seseorang, Alhamdulilah mereka telah disatukan dengan pasangan mereka. Semoga Masjid yang dibina ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Staf HEP SA memang THE BEST!!! Thank You so much my mum in unisel SA, Pn. Aisyah kerana mendidik diri ini sehingga berjaya dengan mencari identiti sendiri, tak lupa juga Pn. Nurul, Kak Naza, En. Saiman, En. Driver (HEP) dll staf. Kenangan saat bersama mereka terlalu banyak, ingat lagi saat kami di Port Dickson, Ulu Yam, Dataran Shah Alam, TGV Bukit Raja, Setia City Mall, Khulafah, and all place of our time together.


Selangor, piknik before final exam
Weeding Anis Azmani & Shazea

Piknik last semester bersama family Unisel.
Putrajaya, Weeding Kak Masitoh & Abg Aiman
Unisel Bestari Jaya, Konvokesyen ke-9
Dewan Canselor, FMTS bersama meraikan sahabat Konvo

Hahahahaha kalau lepak sampai awal pagi mesti main game "MAFIA"!!!, kalau dengar lagu "Orang Bilang" mesti ingat MTS, tak lupa juga tari-tarian senaman pagi seperti "I'm A Gummy Bear, Nobody, Tarian Arab" dll, itulah memory MTS yang mengikat hubungan dan ukhuwah kami, kerana kenangan itulah memory ini sentiasa dalam ingatan, lagi-lagi tak boleh lupa saat sambut Birthday

Taman Botani Shah Alam, Cycling
bersama di awal pagi
Shas dan Anis 2013, hahahaha time itu merajuk sebab tak de orang ingat birthday, ingat birthday Anis je, time tu pula Anis betul-betul kene prank, nak prank shas tak menjadi hehehehehe, nak hilangkan Daniel (kamera_nikon) last shas berjayakan prank semua orang balik, selain itu birthday marfika, dia dah agak kami nak prank, so how marfika? terkejut tak tengok video special dari kami hehehehehe, kami juga prank birthday shark, faiz, dan juga kak jee, kalau plan, in shaa Allah kami sentiasa bersama. Kami sentiasa keluar bersama kalau rindu mula memanggil, so kami akan pergi piknik. Piknik yang paling lawak dan kelakar di Kemensah, Kuala Lumpur, nak mandi katanya, air paras dada, sekali dapat longkang untuk mandi, hahahahaha serious gelak sampai pecah perut. #throwback First masuk MTS September 2012 Exco Kerohanian, lepas itu masuk buat kali kedua Exco TTK, so melekat sampai ke MTS terakhir Ogos 2014 Ketua Exco TTK, kalau fikir je TTK mesti ingat muka-muka ini Imran, Amirul Shafiq, M.Amirul, Selvan, Sakinah, Fatien, Ikhmar, Atun dan Adriana, sebab mereka pernah berada dalam position sama dengan aku dan mereka tahu macam mana aku lakukan kerja, mesti ada yang bengangkan, apa-apa pun nice dapat kerja dengan mereka walaupun dalam keadaan tension.

HEP UNISEL shah alam, kami sentiasa bersatu bila bersama,
saat yang paling bermakna untuk TTK

Universiti Selangor, Pendaftaran Intake Ogos 2014,
kami bersiap untuk membantu TTK angkut barang












Antara tag nama yang ada dalam simpanan Laptop.
Kawasan Parking Unisel SA, Tension!!!! (paip balance)
hahahahahaha tapi itu yang paling best
















Barisan Fasilitator Ogos 2014,
time  ini lah last menjadi fasi emmm sedih sangat. 

Special 2014 ialah "Ladies Night", last program untuk aku di UNISEL, itulah yang paling lama gerak kerja yang pernah aku lakukan, selama lima bulan buat persiapan "Ladies Night 2.0", First dengan proposal yang kene ubah banyak kali, lepas tu nasib baik ada sahabat tolong check, Alhamdulilah punya bertungkus-lumus nak dapatkan improve dengan Unisel akhirnya lepas jugak itupun ambil masa. Walaupun lambat dapat kelulusan dari Unisel, kami sempat mencari beberapa sponser, itu semua berkat jasa baik sahabat yang tidak pernah putus asa membantu untuk jayakan. Memang tension, tapi best sebab dapat buat kerja dan perah otak untuk cara jalan penyelesaian, start buat proposal sehingga akhir program, semuanya berjaya, Alhamdulilah. Bersyukur sangat kerana diberi peluang buat satu progam besar untuk kali terakhir di Universiti Selangor.



Universiti Selangor, Ladies Night 2.0
PCH, Malam Ladies Night 2.0
    Akhirnya tamat sudah kisah 2014 disini walaupun sebenarnya panjang ceritanya tapi kalau nak tulis detail emmmm memang tak cukup lah ruang, sebab banyak kisah suka duka berlaku. Pada 2 Januari 2015 keluar makan dengan sahabat comel, sembang panjang last dapat caption "baru 2 hari lepas tahun lepas (2014), hari nie dah 2015", itulah kehidupan, masa akan berlalu tanpa kita sedar, kenangan juga akan berlalu bagaikan angin. Tetapi kita perlu juga teruskan hidup dan pandang masa hadapan untuk mencari erti kehidupan. Kenangan!!! kita yang buat, kita yang cipta, kita yang lalui, Hargai kenangan selagi kita mampu, walaupun hanya sesaat cebisan kenangan itu hadir berikanlah sedikit senyuman kepada setiap kenangan itu. Ingatlah saat-saat kita gembira dan saat berduka kerana itulah pahit manis dalam ukhuwah, memadai hanya ingatan itu sudah mencukupi saat berjauhan untuk mengubat rindu ini.
#sayangkamu
#mtsogos2014
#mtsfamilyunisel
#proud_uniselian
#jom_join
#jomjoinunisel
#uniselshahalam
#universitiselangor

Terima Kasih Ya Allah kerana memberi peluang pada diri ini untuk mempunyai kenangan indah bersama ORANG TERSAYANG, Semoga Ukhuwah ini berpanjangan sehingga akhir hayat walaupun kami berjauhan atau busy dengan hal masing-masing, hadirkan satu perasaan untuk mengukuhkan Ukhuwah kami.

                                     SELAMAT TINGGAL 2014, SELAMAT DATANG 2015!!!!

1 ulasan:

  1. lepas ni memang akan rindu sangat2 kat liza, unisel, shah alam.. 3 tahun menimba ilmu banyak pengalaman kita share sama2..insha allah bila dipanjangkan lagi umur kita harap dapat jumpa lagi..selamat berpraktikal liza. Mai minta maaf kalau ada salah dan silap yang banyak mai buat tanpa sedar. halalkan makan minum sepanjang kita kenal.
    ^_^

    BalasPadam